Wednesday, August 18, 2010

Pengenalan Penilaian Menengah Rendah (PMR)


Nama : Tan Lerk Shin
No. Matrik : 207185

Penilaian Menengah Rendah (PMR) merupakan salah satu peperiksaan rasmi di Malaysia.Peperiksaan ini wajib diambil oleh pelajar tingkatan tiga pada akhir tahun berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM).Peperiksaan ini ditadbir secara pusat dengan unsur penilaian kerja kursus pada peringkat menengah rendah.PMR juga dikenali sebagai Sijil Rendah Pelajaran atau SRP pada masa dahulu.PMR terbuka kepada semua pelajar tingkatan tiga sekolah menengah bantuan kerajaan dan sekolah menengah swasta.Bahasa Melayu merupakan bahasa penghantar bagi peperiksaan PMR.Biasanya,pelajar yang menduduki peperiksaan PMR semestinya telah mengikuti sukatan sekoah rendah yang berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) salama 6 tahun dan 3 tahun pengajian di sekolah menengah berdasarkan sukatan KBSM.
Terdapat tujuh mata pelajaran asas wajib diambil oleh para pelajar iaitu :
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Sains
4. Matematik
5. Geografi
6. Sejarah
7. Kemahiran Hidup
8. Pendidikan Islam (wajib untuk pelajar Islam sahaja)

Terdapat ramai pelajar juga mengambil bahasa Arab, bahasa Cina, bahasa Iban atau bahasa Tamil sebagai mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan PMR. Biasanya,keputusan PMR akan diumumkan pada bulan Disember melalui pihak sekolah.Tahap keputusan akan dinilaikan dari gred A (cemerlang) sehingga gred E (tidak mencapai tahap penguasaan yang minimum) atau T iaitu tidak hadir. Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan kemungkinan untuk memansuhkan peperiksaan PMR pada 20 Jun 2010 di mana PMR mungkin akan dijadikan sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam di Malaysia.

Tuesday, August 17, 2010

Objektif

Nama:Lee Jia Yee
No. Matrik:206815

Antara objektif-objektif PMR ialah:

• Meningkatkan keupayaan dan kebolehcapaian maklumat berkaitan jabatan / agensi kerajaan yang lebih meluas kepada masyarakat.
• Meningkatkan penglibatan Jabatan dengan lebih bertanggungjawab kepada masyarakat tempatan dalam konteks penyebaran maklumat yang memenuhi keperluan mereka.
• Menyokong penyebaran maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan di peringkat lapangan.
• Membantu meningkatkan sistem penyampaian maklumat kepada masyarakat.
• Meningkatkan imej PPD yang tradisional kepada lebih berprestij.
• Menilai pretasi dan pencapaian pelajar di akhir tahun tiga sekolah menengah.

Monday, August 16, 2010

Kebaikan

Nama : Fong Eong Soon
No. Matrik : 207042

Pemansuhan PMR memberi kebaikan kepada negara dengan menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan. Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemansuhan PMR bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Ini disebabkan pemansuhan peperiksaan ini tidak memerlukan untuk membayar gaji kepada penggubal dan pemeriksa soalan peperiksaan. Hal ini dapat membantu kerajaan menjimatkan pembayaran emolumen yang mencecah jutaan ringgit dalam perbelanjaan mengurus setiap tahun. Kita mendapati belanjawan negara yang mengalami defisit akan menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam wang dari bank-bank tempatan mahupun luar negara. Tambahan pula, peminjaman wang dari bank-bank yang melibatkan kadar faedah atau kadar pertukaran asing yang tinggi merupakan bebanan kepada kerajaan. Maka, keadaan defisit dalam akaun negara dapat dibaik pulih dengan pemansuhan peperiksaan PMR .

Pemansuhan PMR dapat meringankan beban pelajar dan guru. Maka, ia membolehkan pelajar belajar tanpa sebarang tekanan. Hal ini demikian pelajar tidak perlu lagi untuk menghabiskan sukatan pembelajaran dalam tempoh tiga tahun untuk peperiksaan PMR. Pelajar hanya mengambil satu peperiksaan awam sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tempoh masa belajarnya mencecah sebelas tahun sejak dari darjah satu hinggalah tingkatan lima. Dengan ini, beban pelajar untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang singkat dapat dihapuskan. Oleh itu, bebanan guru-guru di sekolah juga dapat dikurangkan dan taraf produktiviti sekolah akan lebih meningkat. Pemansuhan PMR meringankan beban guru apabila para guru tidak diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja tamat sesi persekolahan setiap hari. Jelasnya, pemansuhan PMR mampu mengurangkan beban pelajar dan guru. taraf produktiviti sekolah akan lebih meningkat

Pemansuhan PMR dapat menggalakkan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum. Ini disebabkan kelas tambahan untuk pelajar tidak diwajibkan dan sekali gus memberi masa lapang yang lebih banyak kepada pelajar. Dengan ini, pelajar boleh menggunakan masa yang terluang tersebut untuk menyertai kegiatan kokurikulum. Pelajar boleh menyertai kegiatan persatuan, kelas atau pun permainan. Pertandingan lari berganti -ganti, badminton, bola sepak dan sebagainya turut menjadi pilihan utama aktiviti sukan terhadap para pelajar. Kesannya, pelajar dapat menggerakkan sukan di sekolah sehingga ke peringkat daerah, negeri mahupun antarabangsa. Hal ini jauh berbeza dengan dahulu apabila pelajar harus menghadiri kelas tambahan yang diwajibkan di sekolah supaya dapat melulus peperiksaan PMR yang meliputi subjek -subjek yang penting. Oleh itu, jelasnya bahawa pemansuhan PMR dapat memberi peluang tanpa batasan kepada pelajar untuk menceburi diri dalam kegiatan kokurikulum.


Pemansuhan PMR dapat mengurangkan tahap bebanan kewangan dan masalah keluarga. Pada zaman ini, kebanyakan yang tinggal di bandar-bandar sudah pasti mengetahui kepentingan tusyen. Terdapat pelbagai cara tusyen iaitu home tusyen, pusat tusyen, tusyen pos, tusyen online, malah membeli nota-nota yang tidak dijamin kemasukkan dalam peperiksaan sehingga beratus-ratus harus dibelanjakan. Selain itu, sesetengah pusat tusyen yang berkonsepkan Pendidikan ialah Perniagaan dengan memberi caj mahal kepada pelajar-pelajar yang ingin menuntut ilmu. Jadi, ia tidak akan menjadi bebanan kepada ibu bapa jika tiada peperiksaan besar seperti PMR. Maka, PMR harus dimansuhkan supaya masalah kewangan keluarga dapat diselesaikan.

Kebaikan

Nama: Loo Boon Yee
No. Matrik: 207172

1. Peperiksaan PMR merupakan unsur-unsur pendorong pelajar

Kebanyakan pelajar hanya menghabiskan kerja rumah sahaja dan tidak akan mengulang kaji setiap hari. Ada lagi pelajar yang lebih teruk cuma menyalin kerja rumah murid yang lain untuk hantar sahaja. Biasanya, pelajar-pelajar akan mengisikan masa lapang dengan bermain atau bersenam dan bukannya mengulang kaji. Namun, pelajar akan mengulang kaji apabila peperiksaan dekat jadi pelajar juga dapat mengambil kesempatan ini untuk membaca semua pelajaran dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 yang merupakan pengetahuan asas bagi silibus sekolah menengah. Jika pelajar-pelajar dapat menguasai pengetahuan asas dengan kukuh jadi pelajar barulah tidak mudah menghadapi masalah apabila terus pelajaran di tingkatan 4.

2. Peperiksaan PMR dapat menilai tahap pencapaian akademik pelajar

Apabila keputusan PMR papar, pelajar-pelajar akan lebih memahami diri sendiri bahawa mana-mana subjek yang terbaik . Dari keputusan PMR, pelajar bukan sahaja dapat membuktikan kebolehan sendiri maka juga boleh memilih laras sains atau laras akaun berdasarkan keputusan yang patut ikut pada tahun seterusnya iaitu tingkatan 4.

Sunday, August 15, 2010

Keburukan


Nama:Kam Shih Sing
No matrik: 207127

Walau bagaimanapun, terdapat juga guru-guru atau pelajar-pelajar yang terlalu mementingkan keputusan peperiksaan. Sejak kebelakangan ini, berlakunya banyak kes rasuah antara guru dengan pelajar ataupun kes meniru semasa peperiksaan. Dengan adanya peperiksaan menyebabkan pelajar sanggup menggunakan cara-cara yang salah untuk mendapatkan markah yang tinggi. Hal ini menyemai sikap yang tidak sihat dalam diri mereka.

Seterusnya, peperiksaan juga memberi tekanan kepada pelajar-pelajar. Kehendak ibu baps dan guru menyebabkan pelajar memaksa diri mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Jika pelajar tersebut tidak mengetahui cara untuk melepaskan tekanan ini, pelajar tersebut mungkin berasa susah untuk belajar. Hal ini menimbulkan pelbagai kesan negatif fain seperti pengambilan pit khayal bagi meredakan tekanan.

Keburukan

Nama:Ng Chu Shan
No. Matrik:206682

Menbazirkan perbelanjaan kerajaan.
Peperiksaan PMR boleh menbazirkan perbelanjaan kerajaan.Hal ini demikian kerana kerajaan perlu membayarkan gaji untuk penggubal dan pemeriksa soalan peperiksaan. Hal ini akan menyebabkan kerajaan perlu menbuat pembayaran emolumen yang mencecah jutaan ringgit dalam perbelanjaan mengurus setiap tahun. Kita sedar bahawa belanjawan negara yang mengalami defisit akan menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam wang dari bank-bank tempatan mahupun luar negara. Malahan, peminjaman wang dari bank-bank yang melibatkan kadar faedah atau kadar pertukaran asing yang tinggi mampu menggugat dan memburukkan keadaan lagi.

Peperiksaan PMR akan menambah beban pelajar dan guru
Peperiksaan PMR boleh menambahkan tekanan pelajar . Hal ini demikian, kerana pelajar perlu menghabiskan sukatan pembelajaran dalam tempoh tiga tahun untuk peperiksaan PMR.Sehubungan dengan itu, beban para guru di sekolah juga akan ditambah. Peperiksaan PMR boleh menambahkan beban guru apabila para guru diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja tamat sesi persekolahan pada setiap hari. Jelasnya, peperiksaan PMR akan menambahkan beban pelajar dan guru. Peperiksaan PMR akan menyebabkan pelajar tidak aktif dalam kegiatan kokurikulum Dengan mengadakan peperiksaan PMR,pelajar akan mengabaikan kegiatan kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah..Hal ini demikian,kerana pelajar perlu menghadiri kelas tambahan yang disediakan oleh pihak sekolah atau kelas tambahan yang terdapat di luar sekolah.Seterusnya, pelajar tidak akan menyertai aktiviti kokurikulum kerana mereka tidak ada masa lapang.Pelajar hanya akan menberikan tumpuan sepenuhnya dalam pembelajaran mereka dan mengabaikan kegiatan kokurikulum. Mereka tidak akan menyertai kegiatan persatuan, kelab mahupun permainan. Para pelajar hanya akan menghadiri kelas tambahan supaya dapat melulus peperiksaan PMR yang meliputi subjek -subjek penting.

Saturday, August 14, 2010

Analisis Keputusan


NAMA:AFEEFA BINTI SAIDAN
NO MATRIK:206772

Keputusan Penilaian Menengah Rendah(PMR) tahun 2008 yang diumumkan pada 30 Disember 2008, menunjukkan prestasi cemerlang gred A dalam mata pelajaran.Untuk subjek Matematik telah menunjukkan peningkatan ketara kepada 25.6 peratus berbanding purata 22.1 peratus dalam tempoh lima tahun sebelumnya, manakala 87.3 peratus melepasi tahap penguasaan minimum (gred ABCD).

Prestasi gred A bagi mata pelajaran Sains turut meningkat kepada 17.2 peratus daripada purata 16.4 peratus purata dari 2003 hingga 2007.
Seramai 472,060 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini dengan 26,378 pelajar atau 5.96 peratus mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil,iaitu meningkat sebanyak 0.83 peratus berbanding purata keputusan PMR dari 2005 hingga 2007.

Daripada jumlah itu, 3,396 pelajar mendapat 9A dalam semua mata pelajaran, 17,969 (8A) dan 5,013 (7A).

Bagi kategori pelajar Bandar dan luar Bandar pula, pencapaian jurang perbezaan antara mereka juga semakin mengecil, terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi mata pelajaran Matematik pelajar luar bandar ialah 2.7 peratus berbanding 2.1 peratus di bandar, manakala GPMP subjek Sains ialah 0.3 peratus pelajar luar bandar dan -0.3 peratus pelajar di bandar.
Selain itu, prestasi semua mata pelajaran yang ditawarkan dalam PMR tahun ini juga meningkat, kecuali Geografi dan Bahasa Arab Komunikasi, tetapi Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan tertinggi, iaitu 3.6 peratus.

Sebanyak 74.8 peratus pelajar yang mengambil bahasa Inggeris tahun ini berjaya melepasi tahap penguasaan minimum (gred ABCD) berbanding purata 71.2 peratus dari 2005 hingga 2007.Prestasi cemerlang gred A bagi mata pelajaran bahasa Inggeris meningkat kepada 16.4 peratus daripada 15.3 peratus purata tiga tahun sebelumnya, naik 1.2 peratus.

Bagi kesemua 16 mata pelajaran turut menunjukkan prestasi cemerlang gred A melebihi 15 peratus dengan bahasa Melayu, bahasa Arab Komunikasi, bahasa Cina, bahasa Punjabi, bahasa Iban, Pendidikan Islam, Matematik, Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga serta Perdagangan dan Keusahawanan melebihi 20 peratus.GPMP pula menunjukkan enam mata pelajaran meningkat dengan ketara, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Tamil, bahasa Punjabi, Pendidikan Islam dan Matematik.

Seramai 278,767 pelajar atau 63.3 peratus mendapat minimum gred D, menurun 0.36 peratus berbanding purata 63.3 peratus bagi keputusan tiga tahun lalu.
Jumlah pelajar yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum juga berkurangan apabila hanya 440 pelajar atau 0.10 peratus mendapat gred E dalam semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 559 pelajar (0.13 peratus) pada 2007, 524 pelajar (2006) dan 569 pelajar (2005).
“Secara keseluruhan keputusan PMR tahun ini lebih baik daripada tiga tahun sebelumnya. Ini selaras dengan peningkatan kedudukan Negara.

Friday, July 30, 2010

Pendapat

Nama:Safuraa binti Saad
No.matrik:204963

Pemansuhan PMR menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat menilai tahap pencapaian pelajaran yang sebenar.Malah perasaan tidak yakin pada diri sendiri,cemas dan gelisah akan timbul apabila menempuhi peperiksaan yang lebih besar.Hal ini menyebabkan pelajar hilang fokus dan jawapan yang diberikan sudah tentu tidak memenuhi kriteria jawapan yang ditentukan sekaligus akan menggagalkan pelajar tersebut.Sebaliknya,pengekalan PMR membolehkan guru-guru menilai tahap pencapaian pelajaran gred yang dicapai daripada hasil bimbingan atau didikan mereka.Tambahan pula,melalui pencapai gred yang dicapai oleh pelajar dapat mengklafikasikan para pelajar di dalam bidang-bidang tertentu misalnya sains dan sastera.Selain itu,pelajar-pelajar juga tidak akan hilang rasa minat untuk meneruskan pelajaran malah berkemungkinan besar para pelajar akan lebih bersedia dan bersemangat untuk menempuhi peperiksaan yang lebih besar pada masa akan datang.

Tuesday, July 27, 2010

Fakta


Nama:TEE MEI HONG
No.matrik:206786

UPSR, PMR Mungkin dimansuhkan: Muhyiddin
20 June 2010
“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya
satu sahaja peperiksaan awam, seperti di peringkat SPM sahaja,”
Sumber: Berita Harian 20 Jun 2010
MUAR: Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.
“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti di peringkat SPM sahaja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh hari ini.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja dan bukannya sebagai peperiksaan awam.
“Pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya,” katanya.
Muhyiddin berkata, secara peribadi beliau berpendapat hanya perlu ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki institusi pengajian tinggi kerana di dalam soal kerjaya pun hanya SPM sahaja yang digunakan.
Namun, katanya, UPSR dan PMR diperlukan untuk membuat penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah aliran tertentu.Beliau berkata, dengan hanya satu sahaja peperiksaan awam, guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah menggilap kreativiti, sifat interaktif dan aktiviti ko-kurikulum lain, serta sukan.
Kepada satu soalan, Muhyiddin berkata keadaan di mana jumlah pelajar perempuan cemerlang di dalam pelajaran meningkat bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.
“Kira-kira 70 hingga 80 peratus pelajar yang memasuki universiti adalah perempuan dan trend ini berlaku bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia,” katanya. – BERNAMA