Nama:TEE MEI HONG
No.matrik:206786
UPSR, PMR Mungkin dimansuhkan: Muhyiddin
20 June 2010
“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya
satu sahaja peperiksaan awam, seperti di peringkat SPM sahaja,”
Sumber: Berita Harian 20 Jun 2010
MUAR: Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.
“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti di peringkat SPM sahaja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh hari ini.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja dan bukannya sebagai peperiksaan awam.
“Pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya,” katanya.
Muhyiddin berkata, secara peribadi beliau berpendapat hanya perlu ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki institusi pengajian tinggi kerana di dalam soal kerjaya pun hanya SPM sahaja yang digunakan.
Namun, katanya, UPSR dan PMR diperlukan untuk membuat penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah aliran tertentu.Beliau berkata, dengan hanya satu sahaja peperiksaan awam, guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah menggilap kreativiti, sifat interaktif dan aktiviti ko-kurikulum lain, serta sukan.
Kepada satu soalan, Muhyiddin berkata keadaan di mana jumlah pelajar perempuan cemerlang di dalam pelajaran meningkat bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.
“Kira-kira 70 hingga 80 peratus pelajar yang memasuki universiti adalah perempuan dan trend ini berlaku bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia,” katanya. – BERNAMA

5 comments:
Taniah kepada saudari kerana telah menyediakan tugasan anda dengan sempurna.
Wee hui yin
204949
berita ini memang menggemparkan para pengajar dan pelajar!!
berita ini sekali lagi menyedarkan masyarakat tentang adakah peperiksaan patut dimansuhkan...
taniah!!
kerajaan harus berpendirian tegas dan sistem peperiksaan tidak harus diubah sesuka hati tanpa merancang dengan sistematik.
Post a Comment