Nama:Ng Chu Shan
No. Matrik:206682
Menbazirkan perbelanjaan kerajaan.
Peperiksaan PMR boleh menbazirkan perbelanjaan kerajaan.Hal ini demikian kerana kerajaan perlu membayarkan gaji untuk penggubal dan pemeriksa soalan peperiksaan. Hal ini akan menyebabkan kerajaan perlu menbuat pembayaran emolumen yang mencecah jutaan ringgit dalam perbelanjaan mengurus setiap tahun. Kita sedar bahawa belanjawan negara yang mengalami defisit akan menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam wang dari bank-bank tempatan mahupun luar negara. Malahan, peminjaman wang dari bank-bank yang melibatkan kadar faedah atau kadar pertukaran asing yang tinggi mampu menggugat dan memburukkan keadaan lagi.
Peperiksaan PMR akan menambah beban pelajar dan guru
Peperiksaan PMR boleh menambahkan tekanan pelajar . Hal ini demikian, kerana pelajar perlu menghabiskan sukatan pembelajaran dalam tempoh tiga tahun untuk peperiksaan PMR.Sehubungan dengan itu, beban para guru di sekolah juga akan ditambah. Peperiksaan PMR boleh menambahkan beban guru apabila para guru diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja tamat sesi persekolahan pada setiap hari. Jelasnya, peperiksaan PMR akan menambahkan beban pelajar dan guru. Peperiksaan PMR akan menyebabkan pelajar tidak aktif dalam kegiatan kokurikulum Dengan mengadakan peperiksaan PMR,pelajar akan mengabaikan kegiatan kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah..Hal ini demikian,kerana pelajar perlu menghadiri kelas tambahan yang disediakan oleh pihak sekolah atau kelas tambahan yang terdapat di luar sekolah.Seterusnya, pelajar tidak akan menyertai aktiviti kokurikulum kerana mereka tidak ada masa lapang.Pelajar hanya akan menberikan tumpuan sepenuhnya dalam pembelajaran mereka dan mengabaikan kegiatan kokurikulum. Mereka tidak akan menyertai kegiatan persatuan, kelab mahupun permainan. Para pelajar hanya akan menghadiri kelas tambahan supaya dapat melulus peperiksaan PMR yang meliputi subjek -subjek penting.
5 comments:
Saya bersetuju bahawa peperiksaan tersebut memang telah membawa banyak gangguan kepada pelbagai pihak..Syabas kepada saudari...
Edmund wong FeiHaur
204941
keburukannya memang mengakibatkan kerajaan kerugian...adakan ia harus diteruskan?
Pelajar kini hanya belajar untuk menghadapi peperiksaan seperti peperiksaan pmr dan bukannya belajar untuk mendapatkan pengetahuan jadi pelajar kini kebanyakan hanya menghafal pelajaran dan tidak tahu menggunakan pengetahuan mereka dalam kehidupan.
Pelajar akan berasa bosan semasa belajar kerana belajar cuma hendak mendapat keputusan yang baik dan bukan sebab minat.
Saya bersetuju dengan star90! pelajar patut belajar sebab minat bukan sebab keputusan!
Post a Comment